,,,

Macam dah ditentukanNya.
Smlm adalah hari yang paling memenatkan otak.,.
JAwapan bagi halatuju hidup aku..
dan2 je,,aku bukak paper.,.page kanan pasal ACL ligament tear,,
pastu belah kiri tajuk ni,.,
Tajuk Artikel: Gadis buntu kasih tidak direstui keluarga
Ni Jawapan Yang kaunselor ti baGi..
Persoalan yang anda hadapi adalah soal menguji kematangan minda dan kestabilan emosi anda sebagai penuntut di menara gading. Persoalan ini juga akan menunjukkan keakraban hubungan anda dengan ibu bapa dan hubungan dengan Tuhan. Hubungan ini amat penting diambil kira kerana reda Allah ada dalam redanya ibu bapa. Berasaskan hubungan ini, dapat dibuat kesimpulan bahawa bahagia yang kita impikan tidak boleh dicapai dengan jalan pintas mengikut kemahuan kita. Walaupun kita pelakon utama tetapi ‘sutradara’ tetap Allah Yang Maha Berkuasa. Ini bermakna keutamaan membuat pilihan harus mendapat restu dan perkenan kedua-dua orang tua kita dulu.
Pandangan ini dikemukakan kerana anda adalah anak tunggal perempuan, tempat singgahnya hati dan kasih orang tua dari dulu dan selama-lamanya. Kedua, kadang-kadang pandangan dan gerak hati orang tua lebih jauh dan lebih mendalam daripada pandangan kita yang masih muda, maka hormatilah suara hati mereka kerana orang tua kita ibarat kata pepatah ada kemahiran menilai yang tajam bak kata pepatah, ‘sekilas ikan di air sudah tahu jantan betinanya.’ Ini satu sebab mengapa anda harus mendapat kelulusan mutlak daripada mereka
Sedangkan cinta dan kasih orang tua kita kekal sepanjang hayat pada kita. Belajar memilih yang mana intan dan yang mana permata, jangan sampai mata jadi buta, nanti badan kelak sengsara. Belajarlah taat pada kedua-dua orang tua kerana perkahwinan bukan selalu dalam hidup dan kumbang bukan seekor. Apatah lagi anda masih muda, pasti ada jodohnya. Akhir sekali cubalah merendah diri dengan Pencipta, memohon dan berserah diri seikhlasnya dengan membaca al-Quran dengan memahami maknanya kerana ia boleh memberi kebahagiaan dan kelapangan hati. Kitab suci itu diakui sebagai petunjuk, cahaya dan penawar atas semua yang ada di dalam dada dan terpenting al-Quran adalah rahmat teragung dari Allah SWT. Semoga menjadi anak solehah calon penghuni syurga di dunia dan di akhirat. Binalah cinta bersandarkan doa restu kedua orang tua, kerana ia diakui menjadi satu sebab datangnya keberkatan perkahwinan.

ERm,,
Korang tau kan apa yang aku PiliH..walaupun ada sesetengah orang kata,,ade lagi sume bende ,macam ni..Family arrange,,zaman moden..entahlah..JIKa Kau sudah meNetapkan Takdir itu untukku aku REDHA,,

0 comments:

Related Posts with Thumbnails